Pages

Sunday 4 March 2012

Tali-Tali Cinta ..

“Panas betul hari ni!berpeluh aku dibuatnya!”Radzi terus melabuhkan punggungnya dia atas katil,didakap bantal kesayangan pemberian ibunya.

“ha,aku ada beli sikit pisang goreng dengan teh ais ni,mai la pekena dulu ”,pelawa Rahman,rakan sebilik Radzi. “Hang memang terbaik lah Man!..."ni yang berpeluh-peluh dah macam orang mandi ni datang dari mana? Aku baru pergi jumpa member lama aku la,ada hal penting sikit…."sapa member lama hang tu?ada aku kenal ka?apa nama dia kat facebook?bleh aku add,bagi cukup friend aku yang ke 500...:senyum:..apa yang penting sangat tu?

"Kau ni,ada-ada ja...ada la..takkan semua nak cerita kot!"balas Radzi sambil menikmati pisang goreng tadi.."Ermm….ikut kau la Yi,tapi aku bleh agak,ni mesti pergi jumpa ‘member’ perempuan kau tu kan!bila la hang nak clash dengan dia ha?boleh la aku tackle plak…sinis Rahman mahu mengusik hati kecil Radzi."Aihh,perli aku nampak!

“Alah kau ni,nak gurau sikit pun sensitif dah..ok-ok..aku nak pergi jumpa pensyarah kita kejap,ada hal penting sikit!”

Kipas yang berpusing ligat dengan kelajuan maksima itu memang memberikan mod angin yang sejuk tatkala cuaca di luar tingkap sangat panas.Fuh…bumm..Radzi terus  menghempap badannya ke katil itu..matanya melihat kipas yang dari berpusing dengan ligatnya…fikirannya melayang pada kejadian pagi tadi..siapa lagi kalau bukan memori dengan Aznira!

“lepas ni,Az tak leh janji boleh selalu berhubung dengan Yi tau!sebab kat sana nanti,mungkin susah dengan …..” Az jangan cakap camtu…seolah-olah doa pulak! Yi tak kisah sangat pun perkara tu,paling kurang pun kalau boleh nanti kat sana Az doalah kat Yi,itupun dah kira berhubung  dah…”serak suara Radzi..bercampur-baur nada sedih,risau dan kecewa..

Ok,I try buat la nanti..Oklah,dah lewat dah ni,janji nak packing barang dengan member lagi ni,doakan ye Az bertolak esok pagi dengan selamat ye…senyuman manis ditambah dengan lesung pipit di sebelah kiri pipi Aznira benar-benar mampu membuatkan siapa yang melihatnya tertawan!

“InsyaAllah,nanti apa-apa Yi mesej k,assalamualaikum.”langkah yang terakhir Aznira itu benar-benar membuatkan Radzi  berasa inilah titik perbezaan dan perpisahan yang tak tahu ke arah mana hala tuju.Sekejap?1 tahun?adakah selama-lamanya buat dia….

Perlahan-lahan kelopak mata Radzi diulit angin kecewa yang tak keruan itu  menutupi matanya…tersadai dia di atas katil sambil berpelukan bantal kesayangannya…

“kau dah bagitau dah ka yang kau nak sambung belajar kat Institut Perguruan Malaysia-Sheffield?”soal Mila,rakan sebilik Aznira. “Dah..”.Dia bagi respon apa Az? “Alah,macam biasalah Mila,tak habis-habis dengan nasihat-nasihat keagamaan dia tu kat aku…” kau ni Az,tak baik cakap macam tu..kau ni kira untung la Az,dapat rakan rapat yang ala-ala ustaz..selalu dapat nasihat-nasihat yang baik-baik… “amboi pandai nak melawak dengan aku ye ko ni,macam nak je kat dia?sambil tersimpul malu senyuman terhadap Mila”

"Ishh,kau ni,ke situ pulaK!,bagi aku,belum bersedia  lagi la tuk benda-benda camni!"

    “Huh,sebenarnya kan Mila,aku rimas kau tau tak!bila jumpe aje,mesti dia bagi teguran kat aku…katanya aku pakai tudung ni dah cantik dah,Cuma jangan la bagi Nampak belahan kat leher aku..jangan lah kasi nampak, tak elok lah,bila time mesej ngan aku pula,selalu tanya aku dah solat dah ka!Eeee….that’s not my way of life even my parents pun tak gitu you know! I just don’t want to be my life being  mastered by someone which actually don’t really understand me!For me,dia sepatutnya kena letak diri dia dalam kasut hidup saya!

“Amboi,marah sangat nampak!kira selama ini kau memang tak suka kat dia la?” “That’s right,before this pun aku layan ja mamat tu,nanti takut dia kecewa pula dan from this moment..I will make him know that  I’m not of his taste!”reaksi Aznira sambil menunjukkan jari kelingkingnya ke bawah menunjukkan kesungguhan terhadap kata-katanya ..

"Wah,hebat  giler kau dengan prinsip gitu!Aku pun tak nak bagi apa2 komen…tapi  korang couple ni memang jenis yang jarang aku jumpa lagi..penuh dengan nasihat,kasih sayang….dan dipenuhi dengan…"

“hey,stop talking about that ok!” walaupun dihambur dengan pujian dari Mila,Aznira tetap lagi dengan sikap egonya  yang terlalu..tinggi..

“:senyum:...baiklah intan payung, sayang manja  sambil tangannya mencubit pipi Aznira yang gebu itu…”

“Dah-dah,jom tolong aku packing  barang ni secepat mungkin….”

Petang itu,selepas selesai solat asar berjemaah  di surau kolejnya,kebiasaannya Radzi akan duduk lepak dengan sahabat-sahabat lama di surau…

“Yi,mai sini kejap,aku nak cakap sikit dengan kau kejap…ha,Fuad ada apa?macam serius ja aku tengok,balas Radzi sambil merenung tajam muka Fuad..

Macam ni lah,kita dah sahabat lama dah,sejak dari sekolah agama  lagi,aku kenal sangat perangai kau,kau rajin turun solat jemaah dan mempunyai sikap yang terbuka..tapi kenapa aku ada dengar cakap-cakap orang hatta dari mulut Rahman pun bagitau yang hang dikategorikan sebagai ‘bercouple’,tapi Yi, bagi aku kalau betul pun kenyataan ni,aku tak suka nak cop hang sebagai bercouple,tapi aku lebih suka kata yang hang ni mesti dah pasang niat nak kahwin muda waktu belajar ye…minta maaf la kalau aku ada menyentuh soal peribadi hang,tapi aku terpaksa cakap Yi…

“tak pa Fuad,aku terima ja teguran hang.Sebenarnya,entahlah Fuad,kadang-kadang aku rasa bingung dan pening…secara terus terang aku katakan yang aku ni macam sunyi,kosong jiwa,seolah-olah perlu sesuatu untuk diisi..tetapi bila aku start berkenalan dengan si dia,aku rasa bersemangat sikit dalam study ka dan benda-benda lain..tetapi secara jujur aku cakap,aku tak pernah pun buat benda yang tak senonoh dengan dia,pegang tangan ka atau up dari tu sepanjang perkenalan kami…jumpa pun selalu kat open public..” balas Radzi untuk meyakinkan  Fuad.

“Mesti kau ada selalu hubungi dia kan?”soal Fuad lagi …
“Memang ada pun..tapi bila aku calling atau mesej dengan dia,tapi tak dak la calling dia melebihi dari calling parents aku,selalu juga aku kongsi benda-benda berkaitan agama dengan dia..dan aku amat harap sangat dia dapat berubah menjadi wanita yang lebih baik daripada aku jumpa dia dulu..”

“MasyaAllah,hebat juga kawan aku ni…kira dakwah juga la kau ni Radzi…tersenyum-senyum Fuad mendengar jawapan yang dihuraikan Radzi…Aku respek betul la  ngan prinsip kau Yi,masih teguh dengan batasan-batasan agama...niat kau tu memang baik dah, cuma mungkin bagi aku la kurang sesuai la..bukan apa,aku Cuma takut sangat-sangat  nanti jadi fitnah nanti bila orang tengok hang selalu berdua-duaan dengan dia atau seumpamanya..ni aku belum cakap soal zina lagi dan paling kecil pun zina hati mesti jadi punya lah…tapi kalau kau dah sampai tahap serius atau gaban( bahasa indon),aku cadangkan kau on ja,rancanglah dengan dia hala tuju dan masuk tuk kahwini dia.

Jangan tunggu lama-lama....memang kita diciptakan dengan berpasang-pasangan..cuba kau lihat sejarah Nabi Adam,walaupun dapat nikmat duduk dalam syurga yang ada pelbagai nikmat..tapi dia masih lagi rasa sunyi..perlu berpasangan sehingga dikurniakan Hawa Sebagai Teman hidup yang sah dan kekal dan bukannya untuk dijadikan kawan sementara atau pemuas nafsu semata-mata…yakinlah jodoh kau tu di tangan Tuhan!Jangan lah sampai kau berusaha terhadap perkara jodoh ni sehingga membawa murka Tuhan...

Aku risau sangat kalau kau tengah berkawan terlalu rapat dengan budak tu,takut-takut  kalau dia curang ka ataupun aku risau sangat kau akan patah hati dan mudah sangat terjerumus ke lembah maksiat yang besar lagi jurangnya..lagipun dah banyak terjadi kes orang-orang yang agamanya kurang difahami dan bila patah hati,mereka akan cuba memikir jalan yang rosakkan agama macam bunuh diri la.....kau kena ingat juga,sejauh mana kau kuat dalam beribadat,belum tentu lagi jaminan yang kau akan mampu tahan hawa nafsu hang!itu ja aku risau Yi...tengok je lah sejarah pernah merakamkan dulu ada kisah ahli ibadat seperti yang ada kisahnya yang dia kantoi juga dalam langgar perintah Allah lepas syaitan mudah perangkap dia..

“Entahlah,sejak akhir-akhir ni,macam lain sikit la..aku mungkin dah clash…tak berhubung seperti sebelum ni kot…cuma mungkin kawan biasa yang aksinya tak luar biasa…”sahut radzi sejak dari tadinya yang senyap saja.

“kau kena ingat,Tuhan masih sayangkan hamba2Nya..aku ni pun bukan pandai sangat bab-bab hukum ni..kadang2  aku pun rasa macam nak ada seseorang yang selalu di sampingku....tapi aku tahan juga la…

    Tapi tak salah kalau aku nak bercinta dengan serius time belajar ni dan mungkin aku akan usahakan untuk cari pasangan yang elok agamanya dulu la kan,dan azam untuk bercinta sampai ke syurga dengannya..tapi aku faham Yi,lain orang lain tastenya lain benar tentang pemahaman cinta..berat soal cinta ni.ada orang tafsir cinta ni ibarat kentut,ditahan sakit,dilepas malu,dah keluar,Fuhh,lega.. itu pandangan orang...Cuma satu ja pesanan yang aku boleh share dengan hang la kan ..teringat plak aku bila ada pandangan ni yang aku rasa patut aku gtau kat hang!...tapi aku tak nak gtau la Yi,tengok hang macam dah bosan ja dok dengar aku cakap banyak dari tadi kan..jadi aku simpan lah dulu na….kita continue lain hari plak…..


“Huih hang ni jangang lah camtu,tak elok simpan ilmu ni sorang2 kalau hang rasa elok tuk orang lain”..bersemangat semula Radzi,jika tadi mukanya hanya mampu tunduk seolah-olah seperti seorang raja yang sedang bertitah pada pembesarnya..senyap..tak terkata,lesu pun ada,lauk dalca la kira!

Oklah,aku sambung lagi na..jangan bosan-bosan plak,dengar kalau ada salah silap kau tegur ja aku..kita sama2 kongsi…kalau nak bercinta…bercintalah..tak ada sapa pun yang halang..tapi kau kena tahu limit cinta dan expectation dari makna cinta itu…letaklah cinta itu pada yang sepatutnya..cintalah dulu pada yang Maha Menciptakan kita,ALLAH!kedua rasul,ibu bapa,dan ehem2 pandai2 kau la mengerti…utamakan yang itu ikut urutan itu dulu.jangan la main langkau-langkau.kalau kau rasa belum buat atau belum selesai yang pertama itu iaitu cinta Allah dan rasulnya,usah la dok mimpi nak ehem-ehem,kau paham kan?lepas tu,ikut  kaulah nak bercinta dengan minah manapun asalkan jaga batasannya...

Radzi hanya mampu tersenyum mendengar bicara Fuad..entah apa yang ada dalam benak fikirannya.

    Kita takut nanti kalau kita lebihkan selain dari Allah,takut2 nanti kita leka dengan suruhan wajibnya dan langgar arahanNya,tinggal solat lah dan banyak lagi benda2 yang basis…dekatilah Allah selalu antaranya dengan rajin baca kalamNya,Al-Quran,selalulah berzikir dan arghh,kau pun tahu lah benda-benda yang mampu bawa hati kita ni bersih sikit…mudah-mudahan nanti bila kau meletakkan keutamannya pada Allah,

Allah akan mempermudahkan urusan cinta kau dengan orang lain..nanti senang la kalau kau nak kahwin….:senyum:…aku melawak ja…lagipun aku ni bukannya pandai sangat..mungkin aku  kuasai theory,tapi praktikalnya pada kekuatan diri aku dan orang lain…dah banyak lagi aku dengar ada orang selalu nak bercinta sipulan-sipulan semata-mata hanya kerana Allah,tapi sejauh mana kebenarannya,wallahualam…..yang penting kita terus berdoa agar terus diberi  kekuatan dalam bercinta dan berkasih sayang…tapi kalau kau rasa dah bersedia..kau cucuk ja kantung kahwin tu agar pecah dan  dapat jadi bertukar ke isteriku, rumahku,syurgaku dunia dan akhirat..nanti bleh la kita sama-sama praktik teknik cakar Rimau yang kita selalu dengar kat sekolah dulu yang diutarakan oleh Ustazah Norbahyiah tu…hik.hik...hik...

“sukanya kau,bab2 ni,tapi,aku pun suka juga Fuad,cuba tengok bulu roma aku ni,naik tinggi kot…fuh,,alhaamdulillah,aku rasa dah dapat sesuatu yang mampu berubah hidup aku..terpulang pada akulah nanti macam mana nak corakkan cinta aku pada Allah,Rasul,Ibubapa,Guru,dan bakal-bakal isteri aku.."sambut Radzi dengan nada riangnya..

"Ha,ok2.kering habis tekak aku ni…aku ada hal plak ni..nak pi kursus kahwin plak …:senyum:…nanti kita jumpa lain ok…"

"Oh ya,satu lagi,jangan lupa ya nanti hantar kat aku kad kahwin kau ye!jerit Fuad di luar perkarangan surau sebelum melangkah pulang…"

"Tak habis-habis lagi kau ni Fuad,suka  kacau aku,silap2,kau la yang hantar dulu…"
“Kita hantar sama-sama la..balas Fuad dari jauh”..:senyum:.dua-dua mereka tergelak ….


[Puisi]

Jika Aku Jatuh Cinta

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…
Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…
Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu
Amin….

#tenkiu for reading dis story  ! :D

No comments:

Post a Comment