Pages

Tuesday 30 July 2013

Allah tahu engkau mampu, Dia bantu.

''Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Qs. 2:286)

Tatkala hati di selubungi duka, kita pasti berjalan pulang pada jalanNya. Itu lumrah insan bergelar manusia. Sungguh tidak malu padaNya atas kesombongan diri sebelum ini. Tika jatuh, baru tergesa-gesa meminta bantuanNya. Tidakkah engkau malu wahai manusia?

Walaubagaimana pun Dia tetap menerimamu, sungguh baik si Dia padamu. Allah mengujimu dengan beraneka cobaan hidup dan Dia mengutus cobaan itu mengikut tahap kemampuan mu. Janganlah kau merungut malah kau harus berterima kasih kerna Dia masih sayang padamu agar berpaling semula padaNya. Tidakkah kau masih tidak sedar atau pura-pura tidak faham? Terserah padamu.

Langit takkan selalu cerah, awan kelabu pasti muncul dan terus muncul. Kau cuma harus tabah dengan kesuraman di hari mendatang. Pasti ada pelangi gembira selepas hujan merintik pilu. Hanya yang kuat akan bertemu pelangi itu. Maka, bertahanlah engkau dan terus bangkit. Dia pasti menemuimu jalan keluar yang terbaik. Allah tahu engkau mampu, Dia pasti bantu.

Akhir kata, Selamat beramal di 10 Ramadhan terakhir. Semoga ibadah kita diterima Tuhan. Aamiin Ya Rabb! Assalamu'alaikum & ketemu lagi jika berkesempatan. In shaa Allah. :)

Monday 29 July 2013

Ramadhan Terakhir

Assalamu'alaikum manusia lindungan Tuhan. ;)

Bagaimana dengan Ramadhan kalian? Adakah ia berjalan lancar atau terberhenti sementara?

Sudah lama aku menyepi diri kerna aku memang selalu sepi tanpa sunyi. Sepi dan sunyi definisinya amat berbeda, jangan keliru.

Hari ini mungkin aku timbul, esok lusa belum pasti. Kerna ajal itu di tangan Dia. Seminit lagi pun belum tentu aku bernyawa.

Maaf jika penulisan ku berbeda dengan sebelumnya. Manusia boleh berubah. Ya, berubah dari jahat kepada baik. Jika sebaliknya, celaka lah aku. Bukan kamu.

Selamat menjalani ibadah puasa.

[ Entry paling poyo. Seriusnya bro! Lulz ] :D