Pages

Friday, 2 March 2012

Kenapa Aku Letih?


Kenapa Saya Aku Letih?

Selama beberapa hari tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang ini aku tahu kenapa semua ini berlaku (the real reason) : Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan perkara ini adalah benar dan bukan cerita karut rekaan aku :)

Populasi penduduk Mesia sekarang adalah 23 juta orang. 1.7 juta daripadanya sudah bersara. Jadi tinggal 21.3 juta orang. 1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun. Jadi tinggal 20 juta orang. Daripada 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, universiti dll). Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.
Daripada 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak berapa nak buat kerja. Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja. Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal mereka ni nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan. Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja... .

Daripada jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak ada kerja – lisa suri rumah, pekerja yang kena VSS, orang-orang tua, fresh university student, kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja. Daripada jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja... .

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja... dan 2 orang itu ialah engkau dan aku...

Daripada dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca emel, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia ni... mana aku tak letih!! Jadi sedarlah sikit... . dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Pelajaran dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh saya buat jugak.

(kiriman dari seorang teman) tq sebab bagi tau saya kenapa awak letih :)senyum:)


Wednesday, 29 February 2012

Bila Blog Dah Lame Tak Update (???)



jadi dengan itu, inilah cara paling krep sekali nak update blog secara pantas dan berkesan.. tanpa menghiraukan sesiapa pun.. sekian terima kasih. jumpa lagiii

Saturday, 25 February 2012

Final Exam Around Da Corner

Assalamualaikum semua?
hai korang pe khabar?
sihat tak?makan dah ke?tak mengajak pun .. :)
dah lame tak update blog kan?
sibuk sikit sebab dah nak dekat FINAL EXAM dah aku ni..
 banyak kerja kena buat
ape yang penting senyum sokmo ! heehe 

camne la aku exam nanti kan?
wish me luck ek !!

sebenar nak post pasal kiteorg yg pegi kat PWTC 
ade BICARA MINDA BERSAMA TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
next entry la aku cite .
kadang kadang nak update blog pun kena ada mood juga kan?
okay byebye . 

Monday, 6 February 2012

Kurangkan Makan Kepak Ayam, Lebihkan Makan Telur Ayam !

Secara teorinya, daging ayam nie memang mengandungi kolesterol yang tinggi untuk tubuh badan manusia. Tetapi, menurut Islam, daging ayam dapat memberikan banyak khasiat jika kita menjadikan daging ayam sebagai salah satu pemakanan kita.
Dengan memakan daging ayam, ia dapat memudahkan sistem penghadaman serta membetulkan imbangan cecair dalam tubuh badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras (jom makan banyak2 he3)
Tapi , tahukah anda?? bahawa ayam juga dapat memudaratkan diri kita terutamanya bagi golongan perempuan?
Menurut satu kajian, ayam yang diternak pada hari ini telah disuntik dengan cecair steroid bagi mempercepatkan pertumbuhan supaya dapat memenuhi keperluan masyarakat yang menggunakan ayam dalam masakan.
Kebiasaannya, para penternak akan menyuntik cecair steroid di bahagian leher dan kepak ayam kerana di bahagian itu wujudnya kepekatan steroid yang tinggi yang sudah sedia ada.
Oleh sebab tindak balas steroid yang cepat selepas proses penyuntikan, ayam akan melalui proses tumbesaran dengan cepat dan boleh memenuhi kuantiti jualan yang banyak di pasaran.
Ramai yang diluar sana amat menggemari ayam lebih-lebih lagi di bahagian kepak kerana isinya yang lembut dan mudah untuk dikunyah.
Tetapi, pada hakikatnya, bahagian kepak atau leher ayam amat bahaya kepada kesihatan seorang perempuan kerana steroid yang disuntik itu boleh menyebabkan pertumbuhan dalaman atau dipanggil sista (cyst).
Apabila seseorang perempuan itu menghidapai pertumbuhan sista, sista yang terdapat di dalam tubuh badan akan menjadi semakin besar kerana dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.
Jika pesakit menghadapi sista, ketumbuhan itu dapat dikeluarkan melalui pembedahan, tetapi ketumbuhan sista akan kembali ada sekiranya pesakit itu mengamalkan semula tabiat memakan kepak ayam.
Malah, ia mempunyai kesan yang lebih bahaya terhadap hormon perempuan kerana steroid akan lebih bergerak aktif dalam membentuk ketumbuhan sista dalam tubuh perempuan.
Tak salah untuk kita makan ayam tetapi, eloklah dikurangkan supaya penyakit yang serius dapat dielakkan. Bukan sahaja mendatangkan kemudaratan kepada golongan perempuan, seharusnya elok juga dielakkan untuk golongan lelaki. Ingat, mencegah lebih baik dari merawat.





  aduh ! meleleh sudah bile tengok gambar2 nie .. hu3


Sumbermynewshub.com

Sunday, 5 February 2012

MENGAPA HAWA TERCIPTA SAAT ADAM TERTIDUR...



MENGAPA HAWA TERCIPTA SAAT ADAM TERTIDUR...

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti DIA SEDANG MENANGIS DLM HATINYA . Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.



 Nota Kaki: Nukilan ini diambil dan dicopy secara bulat bulat dari status seorang hamba Allah dan gambar bersumberkan google  :)



Saturday, 4 February 2012

Bar Coklat Mengandungi Gelatin !!

 

Perhatikan titik Merah di dalam simbol merah persegi yang ditunjukkan di atas bar coklat seperti: Bounty bar Chocolate / Marikh / sneaker ... ia ditunjukkan secara khusus di belakang sebelah nombor berat.

Cap Ini bermakna

bahawa produk-produk ini mengandungi gelatin yang berasal dari daging babi!!
Mereka meletakkan bahawa tanda untuk memberi amaran kepada orang-orang vegetarian bahawa coklat mempunyai kandungan bukan vegetarian / bahan-bahan di TOLONG berkongsi info ini dengan semua rakan anda
dan ingat bahawa "Siapa memberi Peringatan yang BAIK Kepada yang lain AKAN Mendapat kebaikan yang sama dengan yang MEREKA yang Melakukan KEBAIKAN itu dari ALLAH S.W.T


Friday, 3 February 2012

UiTM Jengka Malaysia Book Of Records !!

Projek Membentuk Logo 1Malaysia Menggunakan Bahan Kitar Semula (370,000 bekas minuman terpakai) UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka, memecah dan mencatat nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) 

TAHNIAH UiTM Jengka !! ~UiTM dihatiku~

 







Congrats UiTM Jengka .
Bangga Jadi Student Kampus Khazanah Alam .. 
Jom Selamatkan Bumi Kita ..heehe