Secara teorinya, daging ayam nie memang mengandungi kolesterol yang
tinggi untuk tubuh badan manusia. Tetapi, menurut Islam, daging ayam
dapat memberikan banyak khasiat jika kita menjadikan daging ayam sebagai
salah satu pemakanan kita.
Dengan memakan daging ayam, ia dapat memudahkan sistem
penghadaman serta membetulkan imbangan cecair dalam tubuh badan, baik
untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras (jom makan banyak2 he3)
Tapi , tahukah anda?? bahawa ayam juga dapat memudaratkan diri kita terutamanya bagi golongan perempuan?
Menurut satu kajian, ayam yang diternak pada hari ini telah disuntik
dengan cecair steroid bagi mempercepatkan pertumbuhan supaya dapat
memenuhi keperluan masyarakat yang menggunakan ayam dalam masakan.
Kebiasaannya, para penternak akan menyuntik cecair steroid di
bahagian leher dan kepak ayam kerana di bahagian itu wujudnya kepekatan
steroid yang tinggi yang sudah sedia ada.
Oleh sebab tindak balas steroid yang cepat selepas proses
penyuntikan, ayam akan melalui proses tumbesaran dengan cepat dan boleh
memenuhi kuantiti jualan yang banyak di pasaran.
Ramai yang diluar sana amat menggemari ayam lebih-lebih lagi di
bahagian kepak kerana isinya yang lembut dan mudah untuk dikunyah.
Tetapi, pada hakikatnya, bahagian kepak atau leher ayam amat bahaya
kepada kesihatan seorang perempuan kerana steroid yang disuntik itu
boleh menyebabkan pertumbuhan dalaman atau dipanggil sista (cyst).
Apabila seseorang perempuan itu menghidapai pertumbuhan sista, sista
yang terdapat di dalam tubuh badan akan menjadi semakin besar kerana
dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.
Jika pesakit menghadapi sista, ketumbuhan itu dapat dikeluarkan
melalui pembedahan, tetapi ketumbuhan sista akan kembali ada sekiranya
pesakit itu mengamalkan semula tabiat memakan kepak ayam.
Malah, ia mempunyai kesan yang lebih bahaya terhadap hormon perempuan
kerana steroid akan lebih bergerak aktif dalam membentuk ketumbuhan
sista dalam tubuh perempuan.
Tak salah untuk kita makan ayam tetapi, eloklah dikurangkan supaya
penyakit yang serius dapat dielakkan. Bukan sahaja mendatangkan
kemudaratan kepada golongan perempuan, seharusnya elok juga dielakkan
untuk golongan lelaki. Ingat, mencegah lebih baik dari merawat.
aduh ! meleleh sudah bile tengok gambar2 nie .. hu3
Sumber : mynewshub.com
No comments:
Post a Comment